Wednesday, July 9, 2008

Perintis met YBM KuLi



Bila berdialog bersama YBM KuLi, dirasai betapa kecilnya agenda kita seharian. Agenda-agenda bangsa, negara dan masa hadapan anak2 kita menjadi tajuk penjelasan YBM KuLi pada 20 Perintis pada hari ini.
Betapa sejarah telah dicipta dan dirobek oleh bangsa sendiri, kerana perasaan tamak haloba dan agenda peribadi yang ekstrem. Bagaimana amanat bangsa telah dicemari kerana kepimpinanan yang pincang, dan dosa2 lampau terpaksa ditanggung oleh generasi anak-cicit kita.
Sifat YBM yang lembut dan percakapan yang perlahan tapi jelas, beliau menjelaskan mengapa beliau terpaksa kembali aktif ditengah gelanggang politik masakini, menyambung perjuangan yang belum selesai.
Bagaimana perintis boleh menyumbang? "Kita mesti berubah!" Kata YBM KuLi. "Bangsa Melayu mesti lebih berusaha dan berilmu kerana bangsa lain telah lama berubah! Help to educate the grassroot"
Perbincangan menyentuh sejarah penubuhan Malaya dan Malaysia, perkembangan Sabah, 3 negeri yang menyumbang 2/3 hasil negara tetapi terlepas dari Kerajaan dan implikasinya terhadap agenda Melayu.
Kami menyambung perbincangan over lunch sebelum bersurai lebihkurang pukul 3.30ptg.



No comments: