Friday, July 11, 2008

Perintis met YBM KuLi Pt3













Tok Ghosek> Rumusan:DEMI NEGARA, YB Tengku mesti bertanding untuk jawatan Presiden UMNO.YB Tengku mesti mendapat 54 pencalunan dari bahagian-bahagian untuk mendapat peluang bertanding jawatan Presiden..

Tenaga kerja diperlukan untuk memberi penerangan dan menyedarkan ahli-ahli UMNO dicawangan.

Penerangan oleh YB Tengku
Beliau telah terlibat dalam politik selama 48 tahun.Beliau terlibat dalam pertarungan memastikan Sabah dan Sarawak bersama Semenanjung dan menubuh Malaysia. Sebelum itu Singapura (Lee Kuan Yew) telah berbincang dengan Sabah dan Sarawak supaya menjadi satu persekutuan.

In the game of Numbers (democracy), beliau terlibat memastikan bilangan penduduk Melayu dan Islam melebihi kaum-kaum lain demi menjaga kekuatan politik Melayu.Orang Islam dari Filipina dijadikan warganegara Malaysia di Sabah dan orang Islam dari Jawa dijadikan warganegara Malaysia di Sarawak.Untuk menambah bilangan orang Islam diSabah dan Sarawak – Tuanku Abdul Rahman (Perdana Menteri), YB TRH, dan rakan-rakan menjalankan kerja mengislamkan penduduk Sabah dan Sarawak (melalui PERKIM).
ISLAM adalah agama persekutuan, tidak ada apa yang mesti dibincangkan.

Ketuanan Melayu diMalaysia dijaga melalui perlembagaan Malaysia dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Kuasa mutlak berada ditangan YDP Agong. Perlembagaan tersebut telah diubah oleh orang Melayu diera Dr Mahathir. Sekarang kuasa itu telah berubah kepada kabinet. Perdana Menteri semasa adalah sangat berkuasa. UMNO sekarang mesti dikembalikan ke era perjuangan adalah ikhlas untuk memajukan umat Melayu.

Perhubungan dengan Tun Dr Mahathir
Secara peribadi perhubungan beliau dengan Tun Dr Mahathir adalah baik.Beliau tidak bersetuju denagn polisi-polisi yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir yang menjadikan orang Melayu semakin mundur.Beliau telah menang dalam pertandingan dengan Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO tapi telah dikhianati oleh orang Kelantan, Pahang dan Kedah. Ini telah diakui oleh mereka yang terlibat dalam penipuan tersebut.

Keadaan semasa UMNO.
UMNO sekarang telah mengkhianati perjuangan dan Umat Melayu.Pemimpin UMNO sekarang tidak ikhlas memperjuangkan Melayu, hanya pentingkan diri sendiri dan ahli keluarga.Pemimpin sekarang dianggap sebagai anjing yang sentiasa menunggu tulang yang akan dibaling oleh tuan nya, dan sentiasa patuh kepada tuannya.Kepimpinan UMNO sekarang mesti ditukar untuk menyelamat generasi Melayu yang akan datang.Tidak ada pemimpin-pemimpin UMNO sekarang yang boleh diharap untuk menaikkan Melayu dimasa hadapan.

Percalunan pihak ketiga untuk calun Presiden dalam pertandingan jawatan dalam UMNO nanti adalah untuk mengurangkan sokongan kepada YB TRH.YB Najib Tun Razak adalah sangat berbeza dari ayahnya dari segi perjuangan.

Rasuah dalam UMNO adalah berleluasa dilakukan oleh pemimpin-peminpin UMNO yang tidak ingin hilang jawatan, kuasa dan duit.
Perlembagaan UMNO sekarang memberi kuasa mutlak kepada presiden dan menjamin presiden seumur hidup. Pemilihan pimpinan UMNO mesti dipulangkan kepada ahli untuk mengelak gejala rasuah yang berleluasa sekarang.Pimpinan UMNO Kelantan dianggap mengkhianati perjuangan orang Kelantan jika tidak mencalunkan YB Tunku Razaleigh sebagai calun Presiden. Tetapi pemimpin UMNO Kelantan takut kehilangan jawatan sekarang jika menyatakan sokongan secara umum.
Sekian
Sukri

No comments: