Friday, July 25, 2008

Cik Gu Zul (Mat Nyet) Pt3

Dr Halim> Aslkm. Ptg tadi saya ziarah sdr Zul.Mulanya saya tidak cam kerana rupa dirinya yg sudah jauh berubah.Rambutnya sudah tiada kesan dari ubat chemo,muka yg cengkong,susuk tubuhnya yang cachexic,perutnya membusung kerana ascitis(kesan dari barah merebak ke hati(liver).Peritoneal tapping baru buat untuk redakan sesak nafasnya buat sementara.Tapi beliau masih boleh bercakap.Bersamanya isteri,anak nya yg sulong lelaki ,anak perempuandan yg bungsu about 7-8 yrs.Ringkasnya beliau sedang menghabiskan saki baki hidupnya yang munkin tak lama ,munkin beberapa hari lagi.Saya berpesan agar beliau jangan tinggal sembahyang,boleh jamak buat sekadar terdaya.Sebelum saya pulang,beliau kirim salam kepada semua kawan-kawan dan mohon kemaafan dari segala silap dan salah.Beliau mengadu kencing sakit,sudah tidak buang air besar lagi.Saya harap dapat kawan-kawan ziarah beliau dalam masa terdekat sebelum beliau jatuh coma (merebak ke otak) atau terlalu teruk yg tidak mampu berinteraksi lagi.Beliau sekarang berada di wad barah wad 3 selatan HUSM.
Halim-July 22nd, 2008 - videoclip ehsan DrLokman

No comments: