Tuesday, July 29, 2008

Cik Gu Zul ...Innalillah.W/ilaihiraajiun

Powered by Celcom-Vodafone Blackbery Service


From: nora mhd <azman544@yahoo.com>
Date: Tue, 29 Jul 2008 06:18:58 -0700 (PDT)
To: <smskel73@googlegroups.com>
Subject: [smskel73] cikgu Zulkifli Abdullah...Innalillah.W/ilaihiraajiun


Dimaklumkan oleh Dr T melalui isteri Zul. Zul telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8:43 tadi.

Akan bawa balik malam ni. Kami akan ke hospital kejap lagi.

--- On Tue, 7/29/08, Abdul Aziz <abdulaziz.abubakar@gmail.com> wrote:

From: Abdul Aziz <abdulaziz.abubakar@gmail.com>
Subject: [smskel73] Re: cikgu Zulkifli Abdullah...
To: "Smskel73" <smskel73@googlegroups.com>
Date: Tuesday, July 29, 2008, 8:37 PM


Tq Ti, for the latest info on Cg Zul. Semuga dibuat apa yang terbaik untuk beliau dan keluarga.
Rgds

Powered by Celcom-Vodafone Blackbery Service


From: "norhayati" <norhayati@kb.usm.my>
Date: Tue, 29 Jul 2008 20:00:37 +0800
To: <smskel73@googlegroups.com>
Subject: [smskel73] Re: cikgu Zulkifli Abdullah...

Baru blk dari wad dgn Azmah tengok Zul cos wife dia tanya whether nk wak blk ghumoh ko dok. Lepah kecek dgn dr yg merawat dia, Dr kata tk ada beza di rumah dgn hospital. Kami ghoyak ko wife dio sughoh bince dgn keluarga la. Zul masih sama.

Ti
----- Original Message -----
Sent: Tuesday, July 29, 2008 4:40 PM
Subject: [smskel73] Re: cikgu Zulkifli Abdullah...



Ambo baru dapat baca emails sbb baru habis 3 hours class ..... kelmarin ambo call Norazman ...tak dapat apa2 confirmation sebab dia kata nak gi visit Zul hari ni ...
Semoga Allah rahmati gu kita Zul dan semua ahli keluarganya ..Ameen.
----- Original Message -----
Sent: Tuesday, July 29, 2008 6:49 AM
Subject: [smskel73] Re: cikgu Zulkifli Abdullah...


Ambo baru dapat sms daripada, dr halim dalam 3 minit yang lalu. Katanya sdr Zul kita sedang nazak, sama sama lah kita mendoakan agar ruhnya kembali dalam iman, insyaAllah.

Bilal

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: "Dr. Razali Mat Zin" <matali@kfupm.edu.sa>
Date: Mon, 28 Jul 2008 17:05:16 +0300
To: <smskel73@googlegroups.com>
Subject: [smskel73] Re: cikgu Zulkifli Abdullah...

Cikgu Zul Pt4

From: Rozlan Yaakub <yrozlan@yahoo.com>
Date: Mon, 28 Jul 2008 20:58:49 -0700 (PDT)
To: <smskel73@googlegroups.com>
Subject: [smskel73] Re: cikgu Zulkifli Abdullah...


AMIIIN

--- On Tue, 7/29/08, AHMAD SUKRI HAMIDI BIN ABDUL HAMID, GENERAL MANAGER OF PRODUCTION, PLANNING & CONTROL <SUKRIAH@proton.com> wrote:
From: AHMAD SUKRI HAMIDI BIN ABDUL HAMID, GENERAL MANAGER OF PRODUCTION, PLANNING & CONTROL <SUKRIAH@proton.com>
Subject: [smskel73] Re: cikgu Zulkifli Abdullah...
To: smskel73@googlegroups.com
Date: Tuesday, July 29, 2008, 3:45 AM


Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Ya Allah tetapkan hati hamba mu itu dalam keimanan, janganlah dibalikkan hatinya disaat yang getir ini.


Ya Allah, permudahkan bagi saudara ku ini menghadapi sakaratulmaut.


Ya Allah, rahmatilah beliau dan ahli keluarganya.



Sukri



-----Original Message-----
From: smskel73@googlegroups.com [mailto: smskel73@googlegroups.com ] On Behalf Of Miji Kasim
Sent: Tuesday, July 29, 2008 11:45 AM
To: smskel73@googlegroups.com
Subject: [smskel73] Re: cikgu Zulkifli Abdullah...



Aslkum semua gu-gu , kawe baru terima call dari Dr Halim ( 11.30 am )


menyatakan Cikgu Zul kini berada pada tahap kritikal dan jika diambil


dari perkiraan ilmu kedoktoran ..................... hanya tinggal


satu atau dua jam saja lagi ; yang lain Allah penentunya.



Harap


dapatlah gu-gu seremo mendoakan Cikgu Zul pulang ke asalnya dengan


mendapat keredhaan Illahi.







Yang menanti giliran


yang entah bila akan datang adalah Miji.



This email and any files transmitted with it are confidential and
intended solely for the use of the individual or entity to whom they
are addressed. If you have received this email in error please notify
the system manager.


This footnote also confirms that this email message has been swept by
MIMEsweeper for the presence of computer viruses.


www.proton.com
**********************************************************************

Sunday, July 27, 2008

LeC bersama PM

Kawe tok leh komen banyok gambar2 ni sebab kawe tadok maso LeC jjupo PM di pejabat PM di Parlimen dan di kediaman PM di PutraJaya. A picture tells a thousand stories. Tapi hok tentu nyo saing kawe ni boleh berinteraksi personally ngan PM kalu ado hal2 perintis nok lanjutkan pada PM.
LeC dok tengoh kerusi, PokLoh dok tepi...lagu mano ni???...
Datuk Le ni pung dah buat pertemuan Perintis ngan Ku Li, dan masih menunggu tetapan tarikh pertemuan Perintis ngan PM. Kita tunggu la....
Mungkin banyok rahsio saing kito ni hok kito tak tahu tapi setakat ni dio bulih bowok saing2 kalu nok jjupo oghe atas2....napok rapat sangat saing kito ni dale gambar, jange ado ceghito lain pulok la... susoh Gu2 naik-turun mahkamah.....

Sesi Nasi Kukuh 26hb Julai

Lina Abe Soh, julung kali keluar di 'khalayak ramai' lepah balik dari US...makin berseri dan energetic. ...LeP kato makin 'bbeghi!...' Banyok story-mory hok menarik hal2 di Richmond dan US hok dio ceghito...Kawe ngan LeP ni terlopong jah...kalu dio wak lolok pong kawe tok tahu....
Tapi hok come-nyo, banyok hal2 hok kito boleh adapt ssini, way of life in certain perspective, certain attitude, dan hok paling kawe kkene skali environmental issue...Nok gi pulok Disember ni, Ra ngan Tok Ghosek doh brief ko Lina, ggapo keno bowok balik dari US.... Ko kawe tu doh tentu...ko Sadkee belum tau.....

Suhami (kkoleh?) maghi ngan anok kesayange dio (anok mah...dio kato), make nasi kukuh Eddy. Lepah bbua, terus balik Yan, Kedoh, naik bas di Puduraya. Suhaimi ni mace dulu jugok, straight forward, teko namo LeC, abih namo dio sebut, teko namo Tok Ghosek, abih namo dio sebut...
Hamdan, ....dok KL lamo, tapi baghu first time join sessi nasi kukuh....banyok rahsio armi dio pege nih...akan join 288...


Hok ni pulok, Tok Ghosek, tengah tunjuk buku hok dio nok bui ko Library Sekolah nanti...banyok weh buku dio nok derma....dan dio jugok dermo buku TOYOTA ko Bro Wahab...bbalik kot!

Gambar with better resolution akan di-uploadkan kedian...kalu de...
abaziz 27hb Jul

Saturday, July 26, 2008

'Back to SChool' Pt3

Sehingga hari ini, 26hb Julai 2008, hanya 32 orang sahaja yang didaftarkan akan naiki bas 'balik ke sekolah'. Dari jumlah tersebut hampir 10 orang adalah spouse and children...Sambutan yang sangat mengecewakan selepas commitment yang tinggi pada mulanya.
Ada yang akan balik dengan flight, dan ada yang akan berkereta ke Pengkalan Chepa. Yang lain, ada yang mempunyai 'other obligations' dan ada yang 'tengok dulu la'....
Secara kasar, 60 Gus dari Pantai Timur dan 45 Gus dari Pantai Barat akan berkumpul di SMSPC pada 2hb Ogos ni. Walaupun jumlahnya melebihi jumlah yang hadhir pada 188 iaitu 102 org, kita sepatutnya mencapai angka yang lebih tinggi memandangkan usha-usha susulan telah dibuat selepas 188!
Usaha dibuat ole Gu-Gu KB dan KL adalah usaha yang sangat murni...menyediakan satu flatform untuk berbakti pada SMSPC dan mengukuhkan ikatan antara GUs Perintis. Sepatutnya sokongan penuh diberi pada AJK KB, at least to show the gratitude on the effort been done.
Lain manusia lain adabnya. Harapnnya Gus di KB tidak serik dengan telatah-telatah Gus Perintis dan teruskan usha murni tersebut. The show must go on....

Friday, July 25, 2008

Cik Gu Zul (Mat Nyet) Pt3

Dr Halim> Aslkm. Ptg tadi saya ziarah sdr Zul.Mulanya saya tidak cam kerana rupa dirinya yg sudah jauh berubah.Rambutnya sudah tiada kesan dari ubat chemo,muka yg cengkong,susuk tubuhnya yang cachexic,perutnya membusung kerana ascitis(kesan dari barah merebak ke hati(liver).Peritoneal tapping baru buat untuk redakan sesak nafasnya buat sementara.Tapi beliau masih boleh bercakap.Bersamanya isteri,anak nya yg sulong lelaki ,anak perempuandan yg bungsu about 7-8 yrs.Ringkasnya beliau sedang menghabiskan saki baki hidupnya yang munkin tak lama ,munkin beberapa hari lagi.Saya berpesan agar beliau jangan tinggal sembahyang,boleh jamak buat sekadar terdaya.Sebelum saya pulang,beliau kirim salam kepada semua kawan-kawan dan mohon kemaafan dari segala silap dan salah.Beliau mengadu kencing sakit,sudah tidak buang air besar lagi.Saya harap dapat kawan-kawan ziarah beliau dalam masa terdekat sebelum beliau jatuh coma (merebak ke otak) atau terlalu teruk yg tidak mampu berinteraksi lagi.Beliau sekarang berada di wad barah wad 3 selatan HUSM.
Halim-July 22nd, 2008 - videoclip ehsan DrLokman

Sunday, July 13, 2008

Gathering Rumah Ha PutraJaya

Sambutan yang sangat baik dari Gus menghadiri Gathering di rumah Ha pada 12 July 2008. Majlis juga menyambut anniversary Ha dan suami ke-25. Gambar2.

Julung2 kali, Zahariah bersama Hj Sam menyertai gathering. Aznoran dari Seremban bersama Deme Sugho sampai pukul 9.00pm....
Posted by Picasa

Friday, July 11, 2008

Perintis met YBM KuLi Pt3













Tok Ghosek> Rumusan:DEMI NEGARA, YB Tengku mesti bertanding untuk jawatan Presiden UMNO.YB Tengku mesti mendapat 54 pencalunan dari bahagian-bahagian untuk mendapat peluang bertanding jawatan Presiden..

Tenaga kerja diperlukan untuk memberi penerangan dan menyedarkan ahli-ahli UMNO dicawangan.

Penerangan oleh YB Tengku
Beliau telah terlibat dalam politik selama 48 tahun.Beliau terlibat dalam pertarungan memastikan Sabah dan Sarawak bersama Semenanjung dan menubuh Malaysia. Sebelum itu Singapura (Lee Kuan Yew) telah berbincang dengan Sabah dan Sarawak supaya menjadi satu persekutuan.

In the game of Numbers (democracy), beliau terlibat memastikan bilangan penduduk Melayu dan Islam melebihi kaum-kaum lain demi menjaga kekuatan politik Melayu.Orang Islam dari Filipina dijadikan warganegara Malaysia di Sabah dan orang Islam dari Jawa dijadikan warganegara Malaysia di Sarawak.Untuk menambah bilangan orang Islam diSabah dan Sarawak – Tuanku Abdul Rahman (Perdana Menteri), YB TRH, dan rakan-rakan menjalankan kerja mengislamkan penduduk Sabah dan Sarawak (melalui PERKIM).
ISLAM adalah agama persekutuan, tidak ada apa yang mesti dibincangkan.

Ketuanan Melayu diMalaysia dijaga melalui perlembagaan Malaysia dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Kuasa mutlak berada ditangan YDP Agong. Perlembagaan tersebut telah diubah oleh orang Melayu diera Dr Mahathir. Sekarang kuasa itu telah berubah kepada kabinet. Perdana Menteri semasa adalah sangat berkuasa. UMNO sekarang mesti dikembalikan ke era perjuangan adalah ikhlas untuk memajukan umat Melayu.

Perhubungan dengan Tun Dr Mahathir
Secara peribadi perhubungan beliau dengan Tun Dr Mahathir adalah baik.Beliau tidak bersetuju denagn polisi-polisi yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir yang menjadikan orang Melayu semakin mundur.Beliau telah menang dalam pertandingan dengan Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO tapi telah dikhianati oleh orang Kelantan, Pahang dan Kedah. Ini telah diakui oleh mereka yang terlibat dalam penipuan tersebut.

Keadaan semasa UMNO.
UMNO sekarang telah mengkhianati perjuangan dan Umat Melayu.Pemimpin UMNO sekarang tidak ikhlas memperjuangkan Melayu, hanya pentingkan diri sendiri dan ahli keluarga.Pemimpin sekarang dianggap sebagai anjing yang sentiasa menunggu tulang yang akan dibaling oleh tuan nya, dan sentiasa patuh kepada tuannya.Kepimpinan UMNO sekarang mesti ditukar untuk menyelamat generasi Melayu yang akan datang.Tidak ada pemimpin-pemimpin UMNO sekarang yang boleh diharap untuk menaikkan Melayu dimasa hadapan.

Percalunan pihak ketiga untuk calun Presiden dalam pertandingan jawatan dalam UMNO nanti adalah untuk mengurangkan sokongan kepada YB TRH.YB Najib Tun Razak adalah sangat berbeza dari ayahnya dari segi perjuangan.

Rasuah dalam UMNO adalah berleluasa dilakukan oleh pemimpin-peminpin UMNO yang tidak ingin hilang jawatan, kuasa dan duit.
Perlembagaan UMNO sekarang memberi kuasa mutlak kepada presiden dan menjamin presiden seumur hidup. Pemilihan pimpinan UMNO mesti dipulangkan kepada ahli untuk mengelak gejala rasuah yang berleluasa sekarang.Pimpinan UMNO Kelantan dianggap mengkhianati perjuangan orang Kelantan jika tidak mencalunkan YB Tunku Razaleigh sebagai calun Presiden. Tetapi pemimpin UMNO Kelantan takut kehilangan jawatan sekarang jika menyatakan sokongan secara umum.
Sekian
Sukri

Thursday, July 10, 2008

Perintis met YBM KuLi Pt2


HIZAL>Berat rasanya tanggungjawab yang beri kepada saya oleh VP dan demo untuk memberi summary perjumpaan itu. Walaubagaimanapun kebanyakan perkara yang dibangkitkan semasa perjumpaan itu telah saya dan Hj. Zailan sentuh dalam topik Article 153.

Secara keseluruhannya, pada pandangan dan fahaman saya Ku Li mempunyai agenda tertentu sekiranya diberi peluang memimpin UMNO & Negara.
Antaranya:
Meminda semula pelembagaan yang telah dirosakkan oleh MM.
Pindaan perlembagaan mengenai keistimewaan raja-raja melayu boleh dipersoalkan kesahihannya kerana ianya tidak mendapat persetujuan raja-raja. Mungkin satu mahkamah khas akan diadakan bagi membicarakan kes ini. Akibat pindaan perlembagaan kuasa untuk mewujudkan MAGERAN sebagai contoh, tidak lagi ditangan Agung tetapi telah bepindah kepada Kabinet dan mesti medapat persetujuan sebulat suara. Cuba bayangkan jika berlaku peristiwa seperti 13 Mei? Bolehkah MAGERAN dilaksanakan?
Menyusun semula agihan ekonomi antara bandar & luar bandar.
Mempertahankan hak-hak orang melayu sebagaimana Article 153.
.... Dr.Wahab & gu-gu lain boleh tambah lagi...
Satu perkara yang di sebut semasa jamuan makan, apabila VP menyatakan kerisaunnya tentang masa depan generasi akan datang dan keberuntungan generasi kita yang mendapat pelbagai keistimewaan, Ku Li ada kata 'pasal apo kita ni setakat ni jah' (tafsiran saya: Mengapa kejayaan orang melayu secara umum dan puak perintis secara khususnya hanya setakat yang ada ni sahaja, tidak lebih lagi?)

wallahuaklam...

Wednesday, July 9, 2008

Perintis met YBM KuLi



Bila berdialog bersama YBM KuLi, dirasai betapa kecilnya agenda kita seharian. Agenda-agenda bangsa, negara dan masa hadapan anak2 kita menjadi tajuk penjelasan YBM KuLi pada 20 Perintis pada hari ini.
Betapa sejarah telah dicipta dan dirobek oleh bangsa sendiri, kerana perasaan tamak haloba dan agenda peribadi yang ekstrem. Bagaimana amanat bangsa telah dicemari kerana kepimpinanan yang pincang, dan dosa2 lampau terpaksa ditanggung oleh generasi anak-cicit kita.
Sifat YBM yang lembut dan percakapan yang perlahan tapi jelas, beliau menjelaskan mengapa beliau terpaksa kembali aktif ditengah gelanggang politik masakini, menyambung perjuangan yang belum selesai.
Bagaimana perintis boleh menyumbang? "Kita mesti berubah!" Kata YBM KuLi. "Bangsa Melayu mesti lebih berusaha dan berilmu kerana bangsa lain telah lama berubah! Help to educate the grassroot"
Perbincangan menyentuh sejarah penubuhan Malaya dan Malaysia, perkembangan Sabah, 3 negeri yang menyumbang 2/3 hasil negara tetapi terlepas dari Kerajaan dan implikasinya terhadap agenda Melayu.
Kami menyambung perbincangan over lunch sebelum bersurai lebihkurang pukul 3.30ptg.