Thursday, July 10, 2008

Perintis met YBM KuLi Pt2


HIZAL>Berat rasanya tanggungjawab yang beri kepada saya oleh VP dan demo untuk memberi summary perjumpaan itu. Walaubagaimanapun kebanyakan perkara yang dibangkitkan semasa perjumpaan itu telah saya dan Hj. Zailan sentuh dalam topik Article 153.

Secara keseluruhannya, pada pandangan dan fahaman saya Ku Li mempunyai agenda tertentu sekiranya diberi peluang memimpin UMNO & Negara.
Antaranya:
Meminda semula pelembagaan yang telah dirosakkan oleh MM.
Pindaan perlembagaan mengenai keistimewaan raja-raja melayu boleh dipersoalkan kesahihannya kerana ianya tidak mendapat persetujuan raja-raja. Mungkin satu mahkamah khas akan diadakan bagi membicarakan kes ini. Akibat pindaan perlembagaan kuasa untuk mewujudkan MAGERAN sebagai contoh, tidak lagi ditangan Agung tetapi telah bepindah kepada Kabinet dan mesti medapat persetujuan sebulat suara. Cuba bayangkan jika berlaku peristiwa seperti 13 Mei? Bolehkah MAGERAN dilaksanakan?
Menyusun semula agihan ekonomi antara bandar & luar bandar.
Mempertahankan hak-hak orang melayu sebagaimana Article 153.
.... Dr.Wahab & gu-gu lain boleh tambah lagi...
Satu perkara yang di sebut semasa jamuan makan, apabila VP menyatakan kerisaunnya tentang masa depan generasi akan datang dan keberuntungan generasi kita yang mendapat pelbagai keistimewaan, Ku Li ada kata 'pasal apo kita ni setakat ni jah' (tafsiran saya: Mengapa kejayaan orang melayu secara umum dan puak perintis secara khususnya hanya setakat yang ada ni sahaja, tidak lebih lagi?)

wallahuaklam...

No comments: